Wednesday, April 7, 2010

kisah yang panjang

seseorang ada bertanya pada aku kelmarin.
bertanya mengenai hubungan aku & mok.
bertanya mengenai kami yang dia ibaratkan
terlalu lama sampai boleh di anggap jelak.

Untuk si dia yang bertanya semalam (aku tau ko memang baca blog aku)
Jawapannya ada di sini.
Ya, kami dah berkawan hampir 12 tahun
Kalau dilihat dari nombor memang orang lain akan terkejut
Tapi pada aku sama sahaja sebab ada yang lebih lama dari kami
Sehingga mak aku tanya kenapa tak tunggu lagi 12 tahun baru nak kahwin?
haha..
12 tahun, bukan masa yang pendek.
Betul, kami melalui macam macam.
Dari yang manis ke pahit, dari yang suka sampai ke benci
dari baik hingga putus, dari putus hingga baik semula.

Ya, memang jelak & basi sebab dah terlalu lama
Ya, kekadang mahu berpaling muka ketika duduk berdua
Ya, dalam 10 perkara, hanya 2 yang sama
Ya, mok memang bertentangan dengan aku.

bertentangan sama sekali.
Dari segi fizikal (of course la kan), sampai la ke mental.

Tapi mengikut kata mok
 a successful relationship often has less to do with the number of
things we have in common, but the number of quirks we can tolerate

Kisah yang panjang tapi penuh dengan bengkang bengkoknya.
Cuma yang aku minta dari dia,

Dari saat dia melafazkan nikah & sah nanti,
supaya dia menjadi yang lebih penyabar
dan masih lagi menerima & sayang aku seperti mana 12 tahun yang lalu
untuk beratus tahun yang akan datang.

Amin :)

Monday, March 15, 2010

sederhana

ada perbualan antara aku dan seseorang
perbualan kami ada berkisar tentang majlis perkahwinan
seseorang ini bertanya pada aku
kenapa aku tak nak buat di dewan sedangkan
aku & mok buat majlis bersama.
aku bertanya semula pada dia
kenapa perlu aku membazir sedangkan
aku mempunyai ruang yg cukup luas di rumah utk saudara mara
atau rakan2 utk bertandang
malah kalau di rumah suasananya lebih meriah.
kalau ada yang mahu buat di dewan itu terpulang pada masing2
Kalau niat demi untuk keselesaan untuk tetamu yang datang, ya itu niat yg betul
Tapi kalau hanya untuk bermegah supaya seluruh dunia tahu, itu dah lain

perbualannya masih lagi bertanya tentang itu & ini
bertanya tentang dari hantaran, kad hinggalah ke pelamin
yang segalanya tentang majlis kahwin
sepanjang perbualan kami aku semakin pelik
kenapa pula dia ini nak membanding2kan antara aku & dia?
tak perlu untuk bermewah2 atau menunjuk2
sedangkan segalanya di luar kemampuan kita sendiri
mengambil sedikit kata pebualan antara aku, aireen & malia
tempoh hari sewaktu malia ajak makan2 dirumahnya
yang penting adalah kehidupan kita selepas berkahwin.
Sangat setuju.

Jadi kawan, terus terang sesungguhnya aku mahupun mok
tidak kaya untuk buat majlis secara besar2an.
Cukupla yang sederhana.
Yang penting doa kalian untuk kami.

Nota : Doakan semoga segalanya berjalan lancar ya? :)

Friday, March 12, 2010

pengalaman II

sejak pertengahan bulan lepas kami sibuk cari kedai printing kad
kami ke jalan brunei, dekat dengan pudu.
Dari satu kedai ke satu kedai,
hari hujung jalan ke hujung jalan
Penat jangan kata la.
Semua kedai kami tanya untuk cari ape yang kami nak
Dari harga mahal nak mampos hingga la ke yang paling murah
Dari yang sombong sampai la ke sangat peramah.
Macam-macm ada
So untuk yang nak buat segala macam kad, (xsemestinya kad kahwin)
kat sini la tempatnya.

Lepas dah penat, tinggal satu kedai yang amat kecik.
Kami decide untuk pegi tengok.
Uncle Tan ( nama tempat printing tuh), sangat la friendly.
Kami masuk, beritahu apa yang kami nak.
Dalam masa kurang 5minit, dia sketch
Nah, siap. Exactly sama dengan apa yang kami fikirkan
Aku sangat kagum ok.

Kami dah xpikir lagi. Memang ini yang kami nak
Terus bayar deposit.
& guess what, hari isnin minggu lepas aku hantar artwork pada dia.
Dan semalam, dah siap. Sangat pantas.
Kami pikir mungkin xde orang print kt tmpt die kot. :)
Kami datang, Kami tengok. Hanya mampu tersenyum. Speechless.
More than what we expected.
Bayar & bawa pulang.

Hari Sabtu ni, abang & kak ida naik kl
Nak tgk disney on ice katenyer.
Mama dah pesan untuk kirim saja pada abang.
Dah tak sabar nak tengok la tuh. haha

nota: masih ada lagi yang belum selesai.

Monday, March 8, 2010

kakak sayang kamu

Aku ade sorang adik
Nazirul Najib namanye
Dah 20 tahun pun.(Aku dengan die beza 9 tahun.)
Now die kat UTM Skudai.
Die memang agak pendiam
Suke main gitar & PS2
Ade group jamming sendiri
Sejak dari sekolah menengah, die mmg pandai carik duit
Pernah sekali duit gaji die keje part time kat eden (ms tunggu result spm)
die beli gitar set + amplifier sekali
Mama terkejut mcm nak gile. haha
Membuatkan aku & abang terpikir
berape gaji aper time die masa tu? hehe

Aku dengan die amatla jarang nak jumpe atau telefon
memandangkan masing2 sibuk dengan hal masing2
kalau jumpe pn masa balik jb
tu pun kalu die ade la.

tapi minggu lepas dia ade buat sesuatu yang
buat aku hilang kata-kata.
sms antara aku dengan die lebih kurang cmni la.

die : ko nk pakai fotographer x?
aku : nak. aku xbook lagi. naper?
die : kawan aku ade. try bukak fotopages die.
aku : ok. aku tgk dulu. nnt aku cnfrm dgn ko.
mase aku ber sms dengan die, aku bkk pages budak tuh.
wow! untuk budak yang masih bergelar student, gambar die boleh di kire cantik
aku : cantik. book la kawan ko. nnt hjg bulan aku balik kite jumpe. btw, brp die charge?
die : die charge $xxxx. siap custom album + outing skali. (sori price aku xbley reveal since p&c)
aku : yeay! harge runtuh ker aper nie? :)
die : die kasik kt ko jek. bkn kt org lain.
aku : ok. so cnfrm dgn die la.

then here come the situatian,
die : aku blanje photographer nie utk wedding ko eh?
aku : speechless. aku xsambung blk sms.
die masih lagi belajar tapi untuk wedding aku, die nk byrkan gune savings die.
aku cume balas : xpe. simpan duit utk belajar eh? dh jdk engineer baru blanje aku.
kakak sayang kamu!
die : :)

nota : Terima Kasih Nazirul. Kakak sayang kamu sampai mati :)