Saturday, February 26, 2011

26.02.2011

Nie notes aku copy & paste dari FB utk Encik Mok

Dear My BFF, My Enemy, My Darling, My Hubbie,

On this day, 30 tahun yang lalu, awak dilahirkan kat private klinik kat JB. (sorry forgot the name of that clinic.. hehe)

Awak membesar bagai johan.. Besar & kacak..(herm!).. giler tak kacak kan? kalu tak, masakan berderet bebudak sekolah dulu tergila2kan awak..[sorry girls, the best woman win ;)].. haha..

jangan kembang sangat ok.. :8

Kite dah berdating sejak dari zaman sekolah lagi. (Nmpk sgt kte gatal kan? ) ;p

Kite dah lalui macam-macam hal yang kadang-kadang diluar jangkaan kite.

Kite sendiri tak sangka yang segala yang kita gedik2kan masa zaman bercinta menjadi kenyataan.

Tuhan itu Maha Kaya, Maha Adil, Maha Mengetahui segalanya

30 April yang lepas, secara rasminye kite menjadi halal. Dan bermulalah perjalanan yang kadang2 buat kite suke, buat kite gaduh,buat kite benci dan bagai2 lagi..

(wah! dah start mcm ala2 cerekerama kan?)

Well, insya allah lagi 3 bulan mendatang, kite bakal jdk parents.

So, takde ape yang saya nk beri pada birthday awak (sebab budget semue dh ke baby,.. hahaha)

cume saya doakan awak sentiasa sihat, ceria, dimurahkan rezeki.

Semoga awak menjadi kawan, anak, suami & daddy yg hebat! ;)


Enjoy your 30th birthday!

Saya Sayang awak Encik Khairul Faizee a.k.a Encik Mok ;)



Tuesday, January 4, 2011

18 minggu

alhamdullilah.
baru abis check up Khamis minggu lepas.
anak kecil agak aktif
dan ibu ini agak naik berat badannya sampai doktor advise suruh diet sikit.
gile nak suruh aku diet.
Mok asyik makan jek. Mane aku bleh tahan kan?
Oh ya. ade yang bertanya. Mengidam ker?
Jawapannye takde. Cuma masa bulan pertama aku gile makan ketam masak lemak.
Itu saje. Takde yang merapu bagai yek.

Tadi baru lepas bace blog cik mal
kisah mengenai rantaian kawan
sangat mendalam.
sangat setuju dengan apa yang cik mal tulis
bukan setakat rantaian anak anak.
aku teringat rantaian kawin tahun lepas 2010.
Bermula dengan Jass, di ikuti Sam
Sebelum aku, Pizol budak St Jo kwn Mok
seterusnye Ateh (kawan mok budak SAB)
kemudian menyusul Suraya kawan kolej aku
dan akhir sekali tahun ini Encik Moderator aka Kudin
menutup tirai 2010.

Dan baru2 nie dapat pulak berita gembira.
Tahun 2011 pun ramai gak yang akan dapat 1st baby.
Antara nye, Pizol, A'an, Sam, Ateh,
tak lupe juge kami berdue.
Mudah2an segalanye akan selamat.
;)

Buat teman yang lain, aku doakan yang terbaik buat kalian
Samada untuk cahayamata ataupun jodoh.
Insya Allah, Dia pasti akan beri yang baik untuk kalian semua.
Amin.


p/s: Ade sekali Mok cakap kat aku.'Awak, nie asik bukak fridge makan jek. Mane tak buncit?'
Wah! tanpa rase bersalah sound aku nie.Dan dengan tanpa perasaan jugak aku reply
'Saper yang buncitkan aku? Bukan ko ker?' Eheh!

Friday, December 3, 2010

alhamdullilah ;)

ya alhamdullilah.
rezeki yang Allah berikan pada kami.
Rezeki yang bakal menambahkan lagi umat islam dalam dunia ni.
Insya allah. Mudah2an segalanye berjalan lancar.

Amin ;)

Saturday, October 2, 2010

T A H U N I N I

Tahun ini genap sudah 29 tahun
Alhamdullilah. Tuhan masih beri aku pelaung untuk menikmati kehidupan.
Seperti mane sebelum ini, tiada sambutan pun
Dah tua pun. Takde maknenye nak tiup2 lilin.
Malu jek. ;)

Tahun2 lepas aku single mingle
Tahun ini & seterusnye, sudah pun bergelar seorang isteri
& mungkin bakal seorang ibu insya allah. ;)
Tiada ape yang aku minta
Hanya ampunkan dosa aku selama ini
Hanya berikan kebahagiaan & kesejahteraan dalam perkahwinan
Hanya kesihatan yang baik
Hanya di murahkan rezeki
Dan akhir sekali mudahan aku menjadi isteri, ibu, kawan, anak yang baik

Terima kasih atas segala ucapan dlm FB.
Terima Kasih atas segala ucapan melalui SMS
Really appreciate that!

Friday, September 17, 2010

kali pertama

kali pertama raya bersama
syahdu mintak maaf pada encik mok
selalunye mintak maaf yg ala2 biasa jek
tapi kali ni sebagai suami
rasanya sangat syahdu

kali pertama raya bersama
mula2 kami fikir segalanya akan mudah
sebab rumah kami yang ..alahai naik kete 3 minit lebih kurang jaraknya
bermula malam raya aku start dari rumah encik mok
cuma rasa rindu pada suasana family sendiri
mok hantar aku ke kg melayu (rumah tradisi hari raya family aku)
& dia pula pulang semula ke rumahnya
pukul 4 pagi datang gagahkan diri ambil aku semula pula di rumah aku

Pagi raya bermula di rumah encik mok
bermula dengan makan nasi beriani & sesi bermaafan
Seterusnya dalam pukul 10.30pagi bergegas pula ke rumah kg melayu
(Tradisi family aku pagi raya adalah berkumpul semua sekali & baru bermula
sesi bermaafan & sesi bagi duit raya)
Kali pertama agak kekok jugak encik mok
melihat kecohnye family aku pagi raya

Tengahari raya pertama, family aku bertandang ke rumah encik mok
berbual agak lama sampai org yg semayang jumaat pun dh balik
Malamnya pula, dibalas oleh kunjungan dari family mok

Dan esoknya bermula episod kelam kabut kami
Mungkin orang akan fikir
kalu rumah berdekatan tidak ada ape2 masalah
SALAH!!
sebenarnya agak kusut kami berdua.
1 jam di rumah sini.. kemudian berlari ke rumah sana
patah balik rumah kemudian patah balik ke rumah sana pula.
 begitulah keadaan kami beberapa hari.

Selepas pulang ke KL, mak mertuaku admitted pula pasal hig blood pressure
Patah balik JB balik.
Secara tidak disengajakan mama pun rupanya demam.
Pagi tadi pukul 3.30pagi sampai KL
Pagi ni pukul 8am aku dh tercongok kt opis.
Memang semangat kerja betul

Pagi tadi dlm perjalanan pulang
kami dh pun berbincang
raya tahun depan & seterusnya kami akan buat mcm org yg ade kampung lain
mungkin tahun depan raya pertama di rumah mok
raya kedua di rumah aku plak.
dan begitulah seterusnya.

p/s: tapi xtaulah kalu next year masing2 ngelatkan? ;)