Wednesday, September 9, 2009

waroeng penyet lagi.

hari ahad lepas, aku keluar dating ngan mok. mcm kelakar jek gune pakai perkataan dating tuh.. mcm dah xsesuai utk kami. anyway, aku nk pow mok makan buffet san franssico (mahal giler RM58++ sorang).. setelah mok bersyarah mengatakan "bulan pose jangan membuat pembaziran".. kami mencari tempat yg lain..

lps berpusing2 satu KL, kami sepakat nk makan kt the curve.. maner lagi kalu bukan waroeng penyet. spt biasa menu kami ayam penyet, bakso, soda gembira & teh sosro.



tgh mkn2, mok ckp ngan aku.. lebih kurang begini la perbualan kami..

mok : awk, kt dlm tuh ader pelakon lelaki yg putih2.
aku : ni kenyataan ker teka teki? berlakon citer aper? (smb aku menghirup bakso)
mok : ala, yg berlakon citer pontianak..
aku : rusdi ramli?
mok : bukan la. yg dlm citer tuh die kawin ngan kavitha kaur?
aku : eizlan yusof?
mok : hah! btul.. die kt dlm mkn ngan wife die.
aku : dgn nada yg terkejut, awk kenal pelakon m'sia erk? xsangka saya.. hehe..
mok : diam la.

mmg sgt aku tak sangka yg die mmg bley igt eizlan berlakon dlm pontianak. siap bgtau kawin ngan saper lagi..kahkah.. dlm ms yg sama aku teringat cerita malia & razak psl artis m'sia..




Tuesday, September 1, 2009

kami

ini gambar kami masa tingkatan lima. kami memamg sangat ngam antara satu sama lain. cakap saja pasti ada aktiviti yang kami anjurkan. party, mkn2, camping or gathering. semua pernah kami buat. kami ada kisah masing2 pada zaman tu. pasti boleh pecah perut bila di ingat2 blk. masing2 ada personaliti@perangai tersendiri yang pada aku takda orang lain yang se'best dorang'. sangat innocent kan muka kami? hehe..

sekarang, masing2 dah berumah tangga + ader anak lagi.. except aku & cik a. berkerjaya & berjaya yang penting. memang tak dinafikan, kami agak nakal pada zaman persekolahan.. tapi semua itu adalah pengalaman & pengajaran utk kami dan juga cerita utk anak cucu kami nanti..

akan aku ceritakan pada anak cucu aku suatu hari nanti, yang kalau kamu mahu mencari sahabat sejati, carilah seperti mereka ini.. mereka tak pernah mengenal darjat atau kekayaan atau kepandaian.. mereka adalah sahabat yang sentiasa mengingati kamu walaupun mgkn kamu tidak mengingati mereka.

dan setelah berbelas tahun kami meninggalkan zaman persekolahan, kami masih lagi bertemu dan bertanya khabar. ini gambar terbaru dari kami. kalau cik a & fiza ada, pasti lengkap reunion merangkap surprise birthday angie malam itu.

ps : woo! i really love tis pix!

buat malia,nana,angie,cik pah,onn,watie,cik a,fiza, dilla & ikeen>>> terima kasih!!

xoxo,

Liza Mohamed