Thursday, February 25, 2010

Dugaan

cobaan.
ayat pendekar bujang lapuk yang semue org igt.
sejak dari awal tahun lagi
macam macam cobaan & dugaan yang datang
yang paling mencabar sekali pasal KERETA.
ya.. kawan-kawan, kereta savvy aku & mok
bulan 1 tukar belting. igt tukar timing belt jek,
jap lagi dh sampai proton ade plak masalah penyakit
lain. aircond belting la plak.
lepas tuh, dah start susah nak start plak.
pegi hantar workshop biasa dorang tak tau kenape.
bawak balik pegi proton.
dorang cakap wayar problem pasal tuh susah start &
enjin bergegar jek. tensen!
adakah feng shui kami dengan kete tu xbagus?
haish.. aku igt nk dkt beribu la abis semate nkserbis
betulkan aper yang patut..
honestly,
macam terpikir dah tak nak pakai lagi kete nie. mcm nk jual.
tapi memdgkan inilah 1st car yang beli gune titik peluh
keje mcm nk gile ms kt digi dulu terus pikir 14 kali.

p/s:  aku sentiasa bersyukur dengan nikmat yang ade. masih punya kereta utk ke mana2.
bygkan mereka yang tidak mampu. Terima Kasih Tuhan.

Friday, February 19, 2010

pengalaman I

jumaat lepas aku pegi amik HIV test kat kelana jaya.
ini salah satu wajib kene buat utk org yg nk kahwin.
pagi jumaat tuh aku call byk gak klinik dkt kl tapi semuanye dh penuh.
yang paling cepat pun hari rabu next week.
then, aku decide utk try call kat poliklinik kelana jaya.
nurse cakap suruh datang pkl 2.30ptg.

lepas sembahyang jumaat dalam lebih kurang 2.15ptg,
aku & mok dh tercongok kt depan pintu klinik.

tepat 2.40ptg, pintu pun dibuka.
masya allah, kalu org luar tengok memalukan betul.
yang tua + yang muda sama naik berebut nak amik nombor.
sampaikan aku & mok kene tolak ngan nyonya2 tua semata2 nk jumpa doktor cepat.
haha.. aku ketawa mcm nk gile.
yelah bygkan mok yg sebesar alam tuh bley kene tolak ke tepi.
haha..

ok. seterusnya after amik & isi borang, pompuan kat kaunter pun bgtau aku
"awak tunggu kt ruang menunggu kt bhgn kerusi merah"
aku pn blah. dh tunggu lebih kurang 10mins, tetibe mamat kat kaunter tuh terjerit2
nama aku & mok.
dgn lajunya aku trus pegi kaunter borang tadi. Dengan nada yang menyindir mamat tuh cakap kat aku
"knp xduduk jauh skit? saya panggil nama byk kali xdgr ker?"
ish.. panas nie. dh tadi pompuan tuh suh aku duduk kt sana..
dengan muka selamba aku pun balas
"tadi akak tuh kater suruh duduk sana, kerusi kaler merah. lain kali ckp la suh duduk dpn kaunter, kerusi kaler biru"
die terus senyum. walhal aku dgr die jerit name kami baru 2x jek.

die suh aku trus tg dpn kaunter 20. amik darah.
letak borang dlm tray. dalam hati musti kene tg lame lagi la nie.
1st surprise, less than 5min, dorg pgl utk amik darah.
2nd surprise, die buat sambil tersenyum & sangat ramah.siap berbual lagi.
dh lepas die amik darah kami, die suh kami tunggu kt kerusi kaler merah.. (lagi)
kurang dari 20mins, aku dh pun dpt result.
cepat kan?
sebelum pukul 3.30ptg dh settle semua.

kali pertama aku puji hospital gomen.
sbb selalu dengar dari org lain, semuanyer tg lamer giler.
so,
moral of the story : jgn dgr & judge dulu. pegi & tgk sendiri baru tau.

:)

Tuesday, February 2, 2010

maaf

maaf

perkataan yang mudah disebut
sama ada secara ikhlas atau tidak
itu niat masing masing

pertama, maaf pada Tuhan kerana hanya terleka dengan nikmat
yang diberikan tapi terleka untuk menunaikan yang lima.
Terleka dengan duniawi sehingga terlupa tentang dunia akhirat.
Dia yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang
Mudah2an doa untuk memperbaiki diri di terima.

kedua, maaf pada mama kerana terleka dengan kehidupan
di sini sehingga kekadang terleka untuk bertanya khabar,
bertanya segala tentang di sana yang hanya
sempat menjenguk mungkin hanya 2 hingga 3 hari dalam sebulan.

seterusnya,
maaf pada semua kerana hanya terleka dengan kerja,
terleka kerana kepentingan diri sendiri tanpa memikirkan yang lain,
maaf sekiranya tidak dapat memenuhi janji
maaf sekiranya mulut berbicara tapi ada hati yang terasa

maaf bukan hanya kerana hari raya
minta maaf semua.
kerana kita sendiri tak pasti, tak tahu
sama ada kita akan hidup pada hari esok atau lusa.

p/s: terasa kecil.