Friday, September 17, 2010

kali pertama

kali pertama raya bersama
syahdu mintak maaf pada encik mok
selalunye mintak maaf yg ala2 biasa jek
tapi kali ni sebagai suami
rasanya sangat syahdu

kali pertama raya bersama
mula2 kami fikir segalanya akan mudah
sebab rumah kami yang ..alahai naik kete 3 minit lebih kurang jaraknya
bermula malam raya aku start dari rumah encik mok
cuma rasa rindu pada suasana family sendiri
mok hantar aku ke kg melayu (rumah tradisi hari raya family aku)
& dia pula pulang semula ke rumahnya
pukul 4 pagi datang gagahkan diri ambil aku semula pula di rumah aku

Pagi raya bermula di rumah encik mok
bermula dengan makan nasi beriani & sesi bermaafan
Seterusnya dalam pukul 10.30pagi bergegas pula ke rumah kg melayu
(Tradisi family aku pagi raya adalah berkumpul semua sekali & baru bermula
sesi bermaafan & sesi bagi duit raya)
Kali pertama agak kekok jugak encik mok
melihat kecohnye family aku pagi raya

Tengahari raya pertama, family aku bertandang ke rumah encik mok
berbual agak lama sampai org yg semayang jumaat pun dh balik
Malamnya pula, dibalas oleh kunjungan dari family mok

Dan esoknya bermula episod kelam kabut kami
Mungkin orang akan fikir
kalu rumah berdekatan tidak ada ape2 masalah
SALAH!!
sebenarnya agak kusut kami berdua.
1 jam di rumah sini.. kemudian berlari ke rumah sana
patah balik rumah kemudian patah balik ke rumah sana pula.
 begitulah keadaan kami beberapa hari.

Selepas pulang ke KL, mak mertuaku admitted pula pasal hig blood pressure
Patah balik JB balik.
Secara tidak disengajakan mama pun rupanya demam.
Pagi tadi pukul 3.30pagi sampai KL
Pagi ni pukul 8am aku dh tercongok kt opis.
Memang semangat kerja betul

Pagi tadi dlm perjalanan pulang
kami dh pun berbincang
raya tahun depan & seterusnya kami akan buat mcm org yg ade kampung lain
mungkin tahun depan raya pertama di rumah mok
raya kedua di rumah aku plak.
dan begitulah seterusnya.

p/s: tapi xtaulah kalu next year masing2 ngelatkan? ;)

Friday, September 3, 2010

Salam AidilFitri Buat Semua

Sedar tak sedar lagi seminggu kita dah nak beraya
Macam terasa sedih nak meninggalkan bulan yang penuh nikmat nie
Walaupun masih awal tapi tetap aku nk jugak very the advance
Dikesempatan ini , kami ingin memohon maaf sekiranya
terkasar bahasa,
terlanggar pantang larang,
termarah,
& aper2 yg menyinggung selama nie.
Mohon maaf zahir & batin kirenye ade.
Semoga AidilFitri ini membawa kegembiraan buat semua

Selamat Hari Raya AidilFitri!




nota : terpakse gune gambo kawin. sbbnye kami yg paling susah gambar berdua. ;)