Wednesday, April 7, 2010

kisah yang panjang

seseorang ada bertanya pada aku kelmarin.
bertanya mengenai hubungan aku & mok.
bertanya mengenai kami yang dia ibaratkan
terlalu lama sampai boleh di anggap jelak.

Untuk si dia yang bertanya semalam (aku tau ko memang baca blog aku)
Jawapannya ada di sini.
Ya, kami dah berkawan hampir 12 tahun
Kalau dilihat dari nombor memang orang lain akan terkejut
Tapi pada aku sama sahaja sebab ada yang lebih lama dari kami
Sehingga mak aku tanya kenapa tak tunggu lagi 12 tahun baru nak kahwin?
haha..
12 tahun, bukan masa yang pendek.
Betul, kami melalui macam macam.
Dari yang manis ke pahit, dari yang suka sampai ke benci
dari baik hingga putus, dari putus hingga baik semula.

Ya, memang jelak & basi sebab dah terlalu lama
Ya, kekadang mahu berpaling muka ketika duduk berdua
Ya, dalam 10 perkara, hanya 2 yang sama
Ya, mok memang bertentangan dengan aku.

bertentangan sama sekali.
Dari segi fizikal (of course la kan), sampai la ke mental.

Tapi mengikut kata mok
 a successful relationship often has less to do with the number of
things we have in common, but the number of quirks we can tolerate

Kisah yang panjang tapi penuh dengan bengkang bengkoknya.
Cuma yang aku minta dari dia,

Dari saat dia melafazkan nikah & sah nanti,
supaya dia menjadi yang lebih penyabar
dan masih lagi menerima & sayang aku seperti mana 12 tahun yang lalu
untuk beratus tahun yang akan datang.

Amin :)