Monday, May 10, 2010

bermula la kehidupan baru

Alhamdullillah. syukur ke hadrat Ilahi.
akhirnya selepas 12 tahun, kami selamat diijabkabul kan. :)

Ada pelbagai benda menarik terjadi pada hari pernikahan kami
tapi yang boleh dijadikan kenangan adalah ketika saat tok kadi sampai,
rumah pun blackout.. ya, blackout ye kawan2..
overload agaknyer. hehe..
TNB berjaya menyelesaikan masalah tuh pukul 4pagi.

dalam kegelapan
bertemankan cahaya lilin, cahaya handphone
hanya dengan 2 kali lafaz, kami sah bergelar suami isteri
mmg benar orang2 tua cakap,
dalam kehidupan mesti ade hitam & putih..
mungkin kenangan ini dapat aku ceritakan pada generasi kami akan datang.

lucu melihat mok bermandi peluh tapi terhenti degup jantung melihat mok mengenggam tangan tok kadi
lucu melihat abang berlari ke arah tiang lampu tapi sangat terkedu saat dia mewalikan aku
lucu melihat mama memakai jubah yg sgt vogue malam itu tapi sangat kelu bila dia menangis melepaskan aku, anak yang dikandungnya selama 9 bulan, menjaga aku selama 28 tahun.
lucu melihat kak ida sibuk set tudung FENDInya tapi tak mampu menahan sebak saat kami berpelukan setelah aku & khairul selamat dijabkabulkan.

Untuk itu, ingin kami mengucapkan beribu2, berjuta2 terima kasih pada semua
yang membantu menjayakan majlis kami.
Maaf sekiranya majlis tidak begitu sempurna.

xoxo
mrs khairul faizee