Monday, August 23, 2010




ku menatap dalam kelam


tiada yang bisa ku lihat

selain hanya nama-Mu Ya Allah

esok atau kah nanti

ampuni semua salahku

lindungi aku dari segala fitnah

kau tempatku meminta

kau beriku bahagia

jadikan aku selamanya

hamba-Mu yang slalu bertakwa
ampuniku Ya Allah

yang sering melupakan-Mu

saat Kau limpahkan kurnia-Mu

dalam sunyi aku bersujud

nota : mohon supaya diampunkan dosa yg dh dilakukan selama ni.

Tuesday, August 10, 2010

R A M A D H A N

bulan yang penuh dengan rahmat
penuh dengan keberkatan
penuh dengan dugaan & cubaan
penuh dengan rezeki yang melimpah

alhamdulillah
bulan rahmat ini dapat di kongsi dengan encik suami
buat pertama kalinya
entah bagaiman rupanya kami berbuka & bersahur nanti.
alamat lintang pukang la dapur agaknya.

alhamdulillah
bulan rahmat ini di sambut dengan perubahan yang baru
perubahan yang ternyata mendapat restu suami
perubahan yang amat menggembirakan mama
perubahan hanya dengan niat kerana ALLAH
berdoa supaya perubahan ini kekal untuk selamanya

alhamdulillah
masih lagi bernafas untuk menyambut bulan rahmat ini buat kali ke 29
mudah2an diampunkan dosa yang dilakukan selama ini.

buat sahabat,
selamat menyambut bulan ramadhan
bulan yang penuh dengan kenikmatan
semoga segala perbuatan & amalan kita di terima oleh-NYA
insya allah

Salam,
Cik Lie ;)