Monday, June 21, 2010

papa

Habis saja SPM, papa di serang strok. Di serang buat kali kedua
Ketika sedang tidur.
Otaknya sudah tak mampu untuk mengingati perkara2 baru.
Pabila sedar, beliau hanya ingat saat papa di nikahkan dengan mama
Bertanya kemana arwah ibu & bapanya.
Bertanya siapakan kami.

Selama menunggu keputusan SPM, selama itu la aku menjaga papa
memberi ubat, meneman menonton tv.
Pelbagai perkara melucukan terjadi sepanajang menjaga papa
Yelah, ingatan nya kurang kuat. Selagi yang di tanya pasti berulang..
;)

20.06.99
Sedang mengemas beg untuk daftar kolej.
Papa datang duduk di sebelah.
Papa memulakan bicara.
Papa: Besok takut la papa nak pergi.
Aku : Kenapa? Bukan nya 1st time papa masuk dalam scanner kan?
Papa diam. Sambung bicara,
Papa : Bila masuk dalam tuh, tempat tuh sempit sangat. Muat2 badan jek.
Sejuk sangat. Tempat tuh alas dengan papan jek. (Sambil buat aksi peluk badan)
Sambil ketawa, aku balas
Pa, takkan la hospital cikai macam tuh sekali. Mesti la alat diorg canggih2.
Dia hanya memandang sambil senyum

21.06.99
Aku di kejutkan oleh Tok Bak (ketika itu beliau masih sihat lagi)
TB: Liza, bangun. tengok papa.
Aku melompat dari katil.
Masuk ke dalam bilik mama, papa sudah duduk di atas kerusi
sambil mama mengurut dada papa.
Abang, tok mak & tokbak sudah mula mengajar papa mengucap.
Aku terus memegang kaki papa. Sejuk.
Terus ke tangan, sejuk.
Disaat itu dapat aku rasa yang malaikat maut berada di situ.
Tepat jam 7 pagi, kami dapat rasa bagaimana
malaikat maut cuba mencabut nyawa dari seorang manusia.
Aku hanya mampu terduduk.
Tokmak menjerit. Dia la yang paling banyak menjaga papa.

Dengan gagah, aku bangun untuk mengambil Nazirul
yang ketika itu sedang bersekolah di darjah 3.
Smapai di sekolah, sedang perhimpunan.
Cikgu menarik Nazirul ke tepi.
Dengan seribu pertanyaan dia bertanya
'Kenapa nak balik kak liza?'
Dengan jawapan yang aku sendiri xterpikirkan.
'Kita naik KL sekarang'
Dia hanya diam duduk di belakang.
Cuma yang memandu ketika itu
sangat2 aku tak ingat langsung.

Smp di rumah, abang bawa Nazirul ke bilik.
Diam sahaja memandang papa.

Sebelum zohor, papa selamat dikebumikan.
Setelah selesai, teringat kembali pada perbualan kami semalam
Tempat yang muat2 badan, beralaskan papan & tempat yang sejuk
itulah kuburnya.. Aku hanya mampu menepuk dahi.
Rupanya, papa dah pun bagitau yang dia akan pergi buat selamanya
21.06.10
5 pagi tadi aku tersentak seperti dikejutkan.
Waku yang sama aku dikejutkan tok bak.
Hari ini genap 11 tahun papa pergi di jemput ILAHI.
Sehingga ke hari ini setiap detik yang berlaku pada pagi itu
masih lagi segar dalam kepala.

Saat aku mahu di nikahkan tempoh hari,
bayangan papa duduk di sebelah abang
membuatkan aku menangis tanpa henti.
Aku pasti dia merestui kami

Sehingga sekarang setiap kali teringat tentang papa
hanya surah Al Fatihah yang dapat aku kirimkan
surah Yassin juga dikirimkan setiap malam Jumaat
Ke kuburnya setiap kali pulang ke Johor.
Berdoa supaya dia ditempatkan dikalangan ahli syurga nanti

nota: 11 tahun itu terasa seperti pagi ini baru berlaku.
Sayang papa selamanya.
Al Fatihah buat Hj Mohamed bin Hj Ahmad

Wednesday, June 16, 2010

DT Live @ JB II

Depan pintu stadium taklah sesesak yang disangka
macam tgk awan biru dulu
Terus straight masuk padang
Seperti biasa amik gambar adal wajib di kalangan kami
Nazirul & the geng dah meluru terus dpn stage
Mahu puas hati tgk lengan awie.. haha

Konsert seperti biasa bermula lewat
Janji 8.45pm start nak dekat 9.30pm
Dapat merasakan crowd tak ramai macam kat KL
(dalam paper ckp la kan. Mane aku tau.. Dh sah2 xpegi masa kt bukit kiara)
Dalam ramai2 jumpe pulak azie a.k.a adeq + afiq + kakak afiq
Dah bagus la.. kitaorg jek dh cukup membingitkan area tuh.

Starting song, gemuruh.. pergh, bulu roma nie berdiri la.
Dah tuh campur2 search & wings..
Ade jugak segmen yang memboringkan
bile dorang goreng2 gitar + main drum.
Nazirul suka la tuh. Gitar kan GF die.

Yang paling best sekali masa dorg berduet nyanyi lagu medley lame2..
aduyai.. kitaorg nyanyi yg paling kuat dalam dunia.
sampai mcm nk terkeluar anak tekak.. haha
Haha.. Yang belakang kitaorg semue orang2 lama
Abang + the geng, semue lagu wings dorg henyak.
memang otai btul la.

Habis konsert lebih kurang 12.45pm.
Amik gambar penutup then balik.
Jammed bagai kt depan stadium. Nasib baik park kat Larkin Perdana

Sampai rumah lebih kurang pkl 1.30am.
Tokmak paksa semua makan nasi goreng sebelum tidur..
buurrpp.. alhamdulillah. terima kasih tokmak.
Nazirul & the geng terus balik UTM

Besok pagi kami semua bangun pkl 10am sbb ade wedding
yang nk kene attend plak. Smp 3 wedding..
Balik rumah pukul 4pt. semue lepak
sambung tidur sampai pukul 6ptg.

Pukul 11mlm kami pulang KL.
Overall, aku bleh ksk konsert DT Live @ JB
3 1/2 bintang.

DT Live @ JB

05/06 kami pulang JB
semata nk tgk konsert DT
mahu melepaskan geram sebab 1st konsert dorang buat
masa aku tengah basuh periuk kat rumah..
sob.sob.

Nak dijadikan cerita,
kami balik rumah aku petang tu.
aku ingatkan yang pegi cuma kami + abang + kak ida
sampai rumah, Nazirul & the geng udah tiba lebih awal.
semangat berbaju hitam semuanya.

Lepas maghrib, Didie + Iecam + Abg Ajai pun sampai.
Semue mahu nekad jalan kaki nak pegi stadium.
Nasib baik Khairul bagi idea suh kitaorg park kat Larkin Perdana
Dengan 3 kereta berdedai, sampai sana rupanye sangkaan meleset sama sekali
Parking pun dah full.
Khairul siap parking illegal kat tepi kedai.

Berjalan kaki ke stadium.
Wow! Ramainye yang park kt tepi jalan.
Yang jalan kaki saing dengan kami pun ramai.
Yang ikut tema dah tentu semua pakai bajau hitam
Yang tak ikut tema pun ada gak.
Siap ada aweks2 ni pakai heels bagai nk tgk konsert kat stadium.

Sampai kat depan sekolah tanjung puteri, kak ida suh kitaorg tunggu
Abg Lazim + Abg Eddy + Abg Zaid ( adik beradik kak ida)
belum sampai lagi.
Wah! ramai lagi rupanya..
Tengah menunggu dorang sampaila
abg ijal + kak shila + kak fiza + haziq segerombolan lagi
Nie dah macam hari keluarga.
Jumpa abg zaid siap pakai wig rambut panjang lgi..
baru rockers.. haha.. kelakar btul la.

Depan pintu stadium..
bersambung ke episod akan datang

Thursday, June 3, 2010

1 bulan 4 hari


Ini lah penyebab balckoutnye. Semue cube untk menjadi TNB malam tuh.
Tup-tup kene tunggu TNB datang gak.

Tgk Mok, asyik lap peluh jek. Lilin tuh bukan konon2 utk buat romantik eh?
Memang sangat gelap. hehe

Di saat ini aku rasa jantung kami mengepam darah lebih laju daripada biasa.

Sudah sah. :)

Pelamin dari Astana Bridal JB
Kerusi + cushion courtesy dari my SIL & her BF - Kak Ayu
Tempat merenjis courtesy of Kak Aida


Dipaksa posing camni. Kalau tak kene marah dengan mama.
Hahaha.

Sedikit gambar pada hari perkahwinan kami.
Hari ini genap la 1 bulan + 4 hari. :)

xoxo
Puan Liza.. (cheh! puan pulak dah)