Habis saja SPM, papa di serang strok. Di serang buat kali kedua
Ketika sedang tidur.
Otaknya sudah tak mampu untuk mengingati perkara2 baru.
Pabila sedar, beliau hanya ingat saat papa di nikahkan dengan mama
Bertanya kemana arwah ibu & bapanya.
Bertanya siapakan kami.
Selama menunggu keputusan SPM, selama itu la aku menjaga papa
memberi ubat, meneman menonton tv.
Pelbagai perkara melucukan terjadi sepanajang menjaga papa
Yelah, ingatan nya kurang kuat. Selagi yang di tanya pasti berulang..
;)
20.06.99
Sedang mengemas beg untuk daftar kolej.
Papa datang duduk di sebelah.
Papa memulakan bicara.
Papa: Besok takut la papa nak pergi.
Aku : Kenapa? Bukan nya 1st time papa masuk dalam scanner kan?
Papa diam. Sambung bicara,
Papa : Bila masuk dalam tuh, tempat tuh sempit sangat. Muat2 badan jek.
Sejuk sangat. Tempat tuh alas dengan papan jek. (Sambil buat aksi peluk badan)
Sambil ketawa, aku balas
Pa, takkan la hospital cikai macam tuh sekali. Mesti la alat diorg canggih2.
Dia hanya memandang sambil senyum
21.06.99
Aku di kejutkan oleh Tok Bak (ketika itu beliau masih sihat lagi)
TB: Liza, bangun. tengok papa.
Aku melompat dari katil.
Masuk ke dalam bilik mama, papa sudah duduk di atas kerusi
sambil mama mengurut dada papa.
Abang, tok mak & tokbak sudah mula mengajar papa mengucap.
Aku terus memegang kaki papa. Sejuk.
Terus ke tangan, sejuk.
Disaat itu dapat aku rasa yang malaikat maut berada di situ.
Tepat jam 7 pagi, kami dapat rasa bagaimana
malaikat maut cuba mencabut nyawa dari seorang manusia.
Aku hanya mampu terduduk.
Tokmak menjerit. Dia la yang paling banyak menjaga papa.
Dengan gagah, aku bangun untuk mengambil Nazirul
yang ketika itu sedang bersekolah di darjah 3.
Smapai di sekolah, sedang perhimpunan.
Cikgu menarik Nazirul ke tepi.
Dengan seribu pertanyaan dia bertanya
'Kenapa nak balik kak liza?'
Dengan jawapan yang aku sendiri xterpikirkan.
'Kita naik KL sekarang'
Dia hanya diam duduk di belakang.
Cuma yang memandu ketika itu
sangat2 aku tak ingat langsung.
Smp di rumah, abang bawa Nazirul ke bilik.
Diam sahaja memandang papa.
Sebelum zohor, papa selamat dikebumikan.
Setelah selesai, teringat kembali pada perbualan kami semalam
Tempat yang muat2 badan, beralaskan papan & tempat yang sejuk
itulah kuburnya.. Aku hanya mampu menepuk dahi.
Rupanya, papa dah pun bagitau yang dia akan pergi buat selamanya
21.06.10
5 pagi tadi aku tersentak seperti dikejutkan.
Waku yang sama aku dikejutkan tok bak.
Hari ini genap 11 tahun papa pergi di jemput ILAHI.
Sehingga ke hari ini setiap detik yang berlaku pada pagi itu
masih lagi segar dalam kepala.
Saat aku mahu di nikahkan tempoh hari,
bayangan papa duduk di sebelah abang
membuatkan aku menangis tanpa henti.
Aku pasti dia merestui kami
Sehingga sekarang setiap kali teringat tentang papa
hanya surah Al Fatihah yang dapat aku kirimkan
surah Yassin juga dikirimkan setiap malam Jumaat
Ke kuburnya setiap kali pulang ke Johor.
Berdoa supaya dia ditempatkan dikalangan ahli syurga nanti
nota: 11 tahun itu terasa seperti pagi ini baru berlaku.
Sayang papa selamanya.
Al Fatihah buat Hj Mohamed bin Hj Ahmad
1 comment:
ya allah,
sedihnye...
saat bc post ni,trs mengalir air mata ni...
smoga arwah di tempatkn di kalangan org yg briman...
syukur,sy masih punya ayah....
smoga hdp mu ceria slalu...
Post a Comment