Tuesday, February 2, 2010

maaf

maaf

perkataan yang mudah disebut
sama ada secara ikhlas atau tidak
itu niat masing masing

pertama, maaf pada Tuhan kerana hanya terleka dengan nikmat
yang diberikan tapi terleka untuk menunaikan yang lima.
Terleka dengan duniawi sehingga terlupa tentang dunia akhirat.
Dia yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang
Mudah2an doa untuk memperbaiki diri di terima.

kedua, maaf pada mama kerana terleka dengan kehidupan
di sini sehingga kekadang terleka untuk bertanya khabar,
bertanya segala tentang di sana yang hanya
sempat menjenguk mungkin hanya 2 hingga 3 hari dalam sebulan.

seterusnya,
maaf pada semua kerana hanya terleka dengan kerja,
terleka kerana kepentingan diri sendiri tanpa memikirkan yang lain,
maaf sekiranya tidak dapat memenuhi janji
maaf sekiranya mulut berbicara tapi ada hati yang terasa

maaf bukan hanya kerana hari raya
minta maaf semua.
kerana kita sendiri tak pasti, tak tahu
sama ada kita akan hidup pada hari esok atau lusa.

p/s: terasa kecil.

1 comment:

hairi81 said...

kau mmg kecik pn xyah nk trase sgt..aku pn nk mntak maaf gak hehehe