Wednesday, July 21, 2010

P E R U B A H A N

perubahan,
semua orang ingin lakukan perubahan
tak pernah aku dengar orang nak duduk kat takuk yang sama
perubahan yang baik dari wang ringgit, sikap atau apa saja
perubahan yang kadang kala tidak perlu
di war warkan
hanya lihat & bersyukur kiranya perubahan itu
mendatangkan kebaikan

perubahan hanya bila datang seru bagaimana pula?
hanya bila ingat mahu mati baru lah mahukan perubahan
perubahan membuatkan aku banyak berfikir
perubahan yang sememangnya di nantikan oleh seorang ibu kepada anaknya
cuma kadang kala syaitan iblis menganggu bila kita ingin
berubah kepada yang lebih baik
dan setakat ini syaitan ini berjaya

berdosa ke melambatkan perubahan?
Aku ini hanya manusia yang kadangkala tak boleh di tahan ujiannya.
Hanya mampu berdoa supaya dikuatkan lagi imannya.

Cuma ade satu perubahan yg paling menjijikkan
yang berlaku di dalam opis aku sendiri
kononnya berubah untuk menjadi pekerja yang baik
cemerlang gemilang
itu pun setelah di beri amaran.
menunjukkan kerajinannya, keprihatinannya kepada kerja
tetapi sikapnya yang hanya berpura-pura
membuatkan ramai yang sudah mual & jelik dengan dia
tidak mahu bertegur sapa hanya kerana kami semua menasihatinya
berlagak pandai sedangkan sudah ternyata yang dia memang tidak bijak langsung
Hey! tak perlu la ko nak berlakon sangat didepan kami
Jijik sangat!

nota : mudah2an dijauhi segala dengki khianat demi untuk perubahan. ;)

1 comment:

achik ezam said...

banyak je org mcm tu kt kampeni lama ko ni...kdg2 aku tak paham org2 mcm ni..xrasa bersalah ke!?