Tuesday, November 10, 2009

rumah baru

selamat gak aku pindah rumah baru akhir bln lepas. rumah yang aku dapat nie kira mmg rezeki aku & member aku. ms dlm lif nk blk umah, member aku agak merungut yg amat susah nk crk umah skang kt area tuh. kalu ader pn mostly smue mahal2 belaka. Tuhan maha kaya. Tetibe sorg mamat tegur kami & tny psl rumah utk disewakan. Owner baru kahwin, dh lepas buat renovation tetibe, wife die kene relocation kt putrajaya. trus nk sewakan.. langkah kanan btul kami hari tuh. trus agreed nk pegi tgk.



masuk jek rumah. wow! mmg baru lps cat. baru lagi. cume kitchen jek blum renovate. dgn selambe member aku tny, mcmaner dgn deposit? dgn baik hati die ksk kitorg 1+1.. wah! mmg rezeki. the next day agak, lps sain agreement, kitaorg pn trus la pindah masuk memdgkan tuan rumah lame dh ksk blk deposit.



hall yg xsiap2.. hehe..

msh igt dgn kisah tuan tnh kedaong melayu yg xbley nk nego tuh? smp skang aku tgk xder gak tenat masuk rumah die. eh? mcmaner aku bley tau nie?? ..

sbbnyer, rumah die berdepan dgn rumah aku jek .. haha.. owner aku skang pn melayu.. mmg bley bincangnyer. siap tmbhkan kipas kt bilik no 2 lagi.. baik kan? terime kasih en tazri. (mcm la die bace blog aku kan?)


moral of the story : jgn berlagak sgt. tak ke mane pn.. :)

Wednesday, October 21, 2009

kisah rumah sewa

Dah few weeks aku carik2 rumah sewa since tuan tanah kedaong nk balik rumah dia. Aku carik kat area yang sama jugak sbb aku dah selesa duduk kt area tuh.
Aper aku nak cerita bukan la pasal harga rumah tapi pasal owner2 rumah yang aku kategorikan sebagai boleh bincang & boleh blah.

Kategori boleh bincang.
aku tgk rumah die semlm. owner + agent ader skali. Owner aku panggil Ms Yang (chinese).. price die bukak $650. tapi lepas nego die kasik aku $600. mmg within budget aku. View mmg cun..berangin. mmg aku suke. cume bilik air + dapur nk kene repair skit which is owner kater die akan repair before aku msk without any extra charges.. aku senyum.. aku pikirkan dulu.. later aku kol die balik.

kategori boleh blah.
aku tgk rumah die 2 days before. Owner En Halmi (Melayu). Price still $650 & XNAK nego lgsg dgn alasan die byr installment rumah lagi mahal dari harga sewa. Then dlm 2nd room + hall, ceiling ader kulat which is mmg kene cat balik. if not rumah tuh, xcantik. View okla. ngadap bukit.. Since aku pikir die MELAYU, of course la bley nego. aku ckp aku suke ngan rumah tuh but then aku suh die cat balik whatever yg berkulat before aku masuk.. owner xnak cat. die suruh aku cat sendiri + duit deposit die suruh aku tolak $60 jek utk beli cat.. Aku terpikir. naper plak die nk suh aku cat sendiri.. bukan nie rumah die ker.. then mane cukup $60 beli cat+berus+scrapper lagi? Dengan nada yang sangat berlagak, kalu aku xnak xper. ramai lagi yang berminat dgn rumah die.

jadik kawan2, cube korg pikir.. mcmaner susah nak berurusniaga dgn melayu? sedangkan bangsa lain bley bertolak ansur dgn kiter, knp bangsa kiter sendiri xnak tolong sesama kiter? lebih pedih lagi menyombong xtentu hala.

fikir2kan lah & selamat beramal.. :)

nota: Bukan untuk membanggakan bangsa lain, merendahkan bangsa sendiri atau mencetuskan aper2 isu perkauman. TIDAK SAMA SEKALI. pada aku kiter smue sama.. tetap manusia yang Tuhan berikan akal untuk digunakan sebaiknya.

Thursday, October 1, 2009

Dua Oktober



Kalau mengikut surat beranak aku lahir tepat jam 3.28pagi di rumah aku sendiri. ya, dlm rumah. menurut kata mama, die tak sempat nak pegi hospital sebab air tuban dah pecah.


Alhamdullilah. Terima Kasih pada Tuhan Yang Esa memberi aku peluang untuk bernafas dan hidup sampai ke hari ini. DIA yang memberi aku peluang lagi untuk aku perbetulkan segala kesilapan selama ini. 28 tahun berlalu. Aku masih lagi seorang anak perempuan yang masih dgn keras kepala + degil (mengikut kata mama). hehe.. Bermacam pengalaman selama 28 tahun aku lalui. Dari sekolah tadika sampai la ke peringkat dah bekerja.


Mama + Arwah Papa + Tok Mak + Arwah Tok Bak : Tidak terucap ucapan terima kasih buat mereka. Banyak pengorbanan untuk aku selama 28 tahun ni. Dari melahirkan ke membesarkan. Tidak boleh dibayar dengan wang ringgit segala jasa mereka. T.E.R.I.M.A K.A.S.I.H & Sayang semua hingga akhir hayat.
Abang + Kak Ida + Nazirul : Mereka pun banyak membantu dalam segala hal. Dari saat aku bercinta sampai dah nak kahwin pun, mereka masih bersedia mendengar masalah aku. Kalu hujung2 bulan mereka ini jugak la tempat aku memimjam.. :).. Sangat Sayang kalian
Khairul Faizee : Walau aku ketemu dia masa aku berumur 17 tahun, tapi sudah pun menjadi sebahagian dari kehidupan aku. Mendukung ketika aku jatuh bangun, bertahan dengan kedegilan, kemalasan dn bermcm lagi kerenah gile aku, dia tetap ada di sini. Terima kasih kerana banyak bersabar dengan saya. Muahks! *Can't wait for the BIG day, darl. *


Gaban's : Mereka ini aku kenali sejak dari tingkatan 1. Mereka ini juga yang mewarnai kehidupan aku dari dulu sampai bila-bila. Tanpa mereka, mugkin perjalanan hidup aku takkan seceria dan semeriah ini.Mereka jugalah atara insan2 yang banyak memberi pengajaran tentang kehidupan. Love u buddy! U noe who u are!


Untuk mereka, yang mungkin aku tertinggal, kalian takkan aku lupakan. Terima Kasih kerana berada dengan aku ketika susah dan senang.


Ya Tuhan, ampunkan segala dosa2 mereka ini dunia akhirat. Berikanlah mereka kebahagiaan seperti mana mereka memberi kebahagiaan kepada aku.



Amin.




XOXO, Cik Lie

Wednesday, September 9, 2009

waroeng penyet lagi.

hari ahad lepas, aku keluar dating ngan mok. mcm kelakar jek gune pakai perkataan dating tuh.. mcm dah xsesuai utk kami. anyway, aku nk pow mok makan buffet san franssico (mahal giler RM58++ sorang).. setelah mok bersyarah mengatakan "bulan pose jangan membuat pembaziran".. kami mencari tempat yg lain..

lps berpusing2 satu KL, kami sepakat nk makan kt the curve.. maner lagi kalu bukan waroeng penyet. spt biasa menu kami ayam penyet, bakso, soda gembira & teh sosro.



tgh mkn2, mok ckp ngan aku.. lebih kurang begini la perbualan kami..

mok : awk, kt dlm tuh ader pelakon lelaki yg putih2.
aku : ni kenyataan ker teka teki? berlakon citer aper? (smb aku menghirup bakso)
mok : ala, yg berlakon citer pontianak..
aku : rusdi ramli?
mok : bukan la. yg dlm citer tuh die kawin ngan kavitha kaur?
aku : eizlan yusof?
mok : hah! btul.. die kt dlm mkn ngan wife die.
aku : dgn nada yg terkejut, awk kenal pelakon m'sia erk? xsangka saya.. hehe..
mok : diam la.

mmg sgt aku tak sangka yg die mmg bley igt eizlan berlakon dlm pontianak. siap bgtau kawin ngan saper lagi..kahkah.. dlm ms yg sama aku teringat cerita malia & razak psl artis m'sia..




Tuesday, September 1, 2009

kami

ini gambar kami masa tingkatan lima. kami memamg sangat ngam antara satu sama lain. cakap saja pasti ada aktiviti yang kami anjurkan. party, mkn2, camping or gathering. semua pernah kami buat. kami ada kisah masing2 pada zaman tu. pasti boleh pecah perut bila di ingat2 blk. masing2 ada personaliti@perangai tersendiri yang pada aku takda orang lain yang se'best dorang'. sangat innocent kan muka kami? hehe..

sekarang, masing2 dah berumah tangga + ader anak lagi.. except aku & cik a. berkerjaya & berjaya yang penting. memang tak dinafikan, kami agak nakal pada zaman persekolahan.. tapi semua itu adalah pengalaman & pengajaran utk kami dan juga cerita utk anak cucu kami nanti..

akan aku ceritakan pada anak cucu aku suatu hari nanti, yang kalau kamu mahu mencari sahabat sejati, carilah seperti mereka ini.. mereka tak pernah mengenal darjat atau kekayaan atau kepandaian.. mereka adalah sahabat yang sentiasa mengingati kamu walaupun mgkn kamu tidak mengingati mereka.

dan setelah berbelas tahun kami meninggalkan zaman persekolahan, kami masih lagi bertemu dan bertanya khabar. ini gambar terbaru dari kami. kalau cik a & fiza ada, pasti lengkap reunion merangkap surprise birthday angie malam itu.

ps : woo! i really love tis pix!

buat malia,nana,angie,cik pah,onn,watie,cik a,fiza, dilla & ikeen>>> terima kasih!!

xoxo,

Liza Mohamed